Thursday, February 25, 2010

HIDROTERAPI KALI 1

Bertempat di depan Menara JPAM, Pantai Bukit Keluang, Besut, Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Alor Peroi, Kuala Besut membuka dimensi baru tahun 2010 dengan memperkenalkan program hidroterapi kepada murid-muridnya sebagai satu produk terbaru dalam P&P mereka.

Program yang diperkenalkan ini merupakan program usaha sama antara PPKI, SK Alor Peroi dengan Jabatan Pertahanan Awam Besut. Ianya akan dijalankan sebanyak sekali sebulan. Program ini diketuai oleh En. Che Alias bin Che Yusoff; Guru Penyelaras PPKI SK Alor Peroi dengan kerjasama semua guru dan kakitangan PPKI.

Program hidroterapi ini diperkenalkan kepada murid-murid di sini bagi meningkatkan keyakinan diri murid, selain membantu meningkatkan psikomotor dan perkembangan kognitif mereka. Melalui program ini juga murid akan dapat menikmati kelainan suasana pembelajaran yang lebih konkrit dan berinteraktif.

Program julung-julung kali bagi SK Alor Peroi ini amat mendapat kerjasama dan sokongan yang cukup baik daripada pihak pengurusan sekolah, terutamanya Guru Besar; En. Zakaria bin Botok. Beliau amat berharap program seumpama ini akan menjadikan ikon bagi sekolah ini dan seterusnya menambahkan pemahaman ibubapa terhadap keperluan kepelbagaian aktiviti bagi proses pembelajaran murid-murid di kelas ini. Seterusnya menjadikan daya tarikan untuk menjadikan kelas PPKI di sini sebagai di antara kelas yang berkualiti.

Peringkat pertama ini disertai oleh seramai 25 orang murid yang terdiri daripada pelbagai katogeri seperti austisme, Epilepsi, Slow Learner, Sindrom Down dan ADHD. Seramai 15 orang kakitangan yang terlibat untuk mengawal selia murid-murid di sepanjang program ini dijalankan.

Antara latihan yang dilakukan ialah proses penyesuaian murid dengan air, imbangan dan ampungan badan, latihan psikomotor menggunakan pasir, dan latihan menjulur.

Pegawai JPAM sedang memeriksa dan menanda kawasan yang akan digunakan oleh program ini sebagai langkah dan sempadan kawasan keselamatan.


Penerangan diberikan oleh Pembantu Pengurusan Murid.


Aktiviti "streching" yang diketuai oleh cikgu Arman


Latihan pendisiplinan melalui aktiviti latihan menjulur


Menunggu giliran untuk dipanggil ke kawasan aktiviti


Berehat seketika kerana kepenatan


Latihan sedang dijalankan dengan pemerhatian rapi daripada petugas



Latihan asas untuk terapi pasir..



Antara aksi dalam program menjulur..