Sunday, October 24, 2010

Karnival Pendidikan Khas Daerah Besut 2010



Tarikh : 20hb Oktober 2010
Tempat: Arena JPAM, Pantai Bukit Keluang, Besut. 


Penyertaan: Semua warga Pendidikan Khas & Integrasi, PPD Besut,  & Umum.
  1. Guru:     183 orang
  2. Pembantu Pengurusan Murid:  73 orang
  3. Murid: 607 orang
  4. Sukarelawan :  15 orang

Unit Pendidikan Khas Pejabat Pelajaran Daerah Besut telah membuka lembaran baru untuk memperkasakan program pendidikan khas di daerah ini dengan melaksanakan program Karnival Pendidikan Khas 2010 sebagai medan pengumpulan idea dan pengalaman untuk dimenafaatkan kepada warga pendidikan khas di daerah ini. 

Selain ianya sebagai satu informasi kepada masyarakat di daerah ini bagaimana murid-murid katogeri pendidikan khas diberikan layanan dalam proses pendidikan semasa. 
Dengan harapan masyarakat sedar dan lebih berpersepsi  bahawa anak-anak istimewa ini akan menerima pendidikan yang lebih baik di bawah program pendidikan khas dan mampu setanding dengan murid-murid di arus perdana.

 Pelbagai aktiviti telah disusun sempena menjayakan karnival ini antaranya aktiviti yang berbentuk Demonstrasi, Pertandingan, Pameran dan Pemeriksaan.

Antara program dan aktiviti yang dilangsungkan ialah
  1. Hidroterapi Laut
  2. Terapi Pasir Pantai
  3. Ujian Diagnosis Kognitif
  4. Ujian Patologi Pertuturan
  5. Pemeriksaan Kesihatan
  6. Terapi Giant Ball
  7. Beach futsal
  8. Pertandingan Seni Kreatif menggunakan bahan daripada herba dan bijirin
  9. Persembahan Seni Suara
  10. Demonstrasi Seni Silat
  11. Pameran hasil kreativiti pelajar di bilik darjah
  12. Jualan cenderahati yang dihasilkan murid.
 Antara jabatan kerajaan yang terlibat untuk menjayakan karnival ini ialah :
  1. Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
  2. Jabatan Pertahanan Awam Besut, 
  3. Pejabat Kesihatan Daerah Besut, 
  4. Jabatan Bomba & Penyelamat Daerah Besut, 
  5. Polis Diraja Malaysia Besut, 
  6. Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Besut
  7. Pertubuhan Peladang Kawasan Besut
En. Tajul Ariffin bin Abdullah, Ketua Unit Pendidikan Swasta, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, sedang mendengar penerangan daripada Audiologist HUSM, Kubang Kerian di tapak karnival.

 Pertandingan membuat binaan kreatif tanpa alat menggunakan pasir pantai oleh murid-murid PPKI sekolah rendah.



 Demonstrasi Hidroterapi Laut oleh murid-murid katogeri Sindrom Down
 Ibubapa turut melihat sendiri bagaimana anak-anak mereka diberi pengalaman menyertai Hidroterapi Laut.


 Pemeriksaan kesihatan terbuka untuk semua pengunjung oleh Jabatan Kesihatan Daerah Besut
Petunjukan Seni Silat oleh murid-murid SK Pendidikan Khas Besut.






Peserta katogeri persembahan Seni Suara sedang memberikan aksi yang terbaik kepada penonton di karnival ini.










Thursday, July 22, 2010

Hidroterapi Laut Fasa IV

-->
Tarikh    :               21 Julai 2010
Masa     :               0800 hingga 1200
Tempat:               Pantai Bukit Keluang, Besut.
Agensi Terlibat :
1.       Unit Pendidikan Khas, Pejabat Pelajaran Daerah Besut.
2.       Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Besut,
3.       Jabatan Bomba dan Penyelamat Besut (Kg.Raja)
 
-->
Penyertaan:

Murid
Guru
PPM
Pegawai
Petugas
JUMLAH
Bil
Item
L
P
L
P
P
L
P

1
SK Kuala Besut
1
3
2
-
2


8
2
SK Alor Peroi
6
3
1
2
1


13
3
SK Alor Lintah
10
3
1
3
2


19
4
SK Gong Bayor
6
4
2
2
1


15
5
SK Seri Payong
3
3
1
1
1


9
6
SK Jabi
8
2
1
2
1


14
7
SK Padang Luas
6
3
-
2
1


12
8
SK Tempinis








9
SK Permaisuri Nur Zahirah
4
4
-
3
-
-
-
11
10
SK Pendidikan Khas
-
2
1
1
1
-
-
5
11
JPAM
-
-
-
-
-
4
3
7
12
BOMBA & Penyelamat
-
-
-
-
-
6
-
6

JUMLAH
44
27
9
16
10
10
3
119

-->
Aktiviti :
1.       Hidroterapi:
a.       Imbangan Badan
b.      Gerakan kaki
c.       Gerakan Tangan
d.      Latihan kuak

2.       Ekplorasi Bukit Keluang
a.       Latihan menjulur
b.      Latihan merangkak

3.       Interaksi  dengan alam  semulajadi:
a.       Menyusuri sebahagian batu batan & Gua di Bukit Keluang.