Thursday, February 23, 2012

Sesi 2 Hidroterapi Laut S.E SKAP 2012

Tarikh :  22hb Februari 2012
Masa :  8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Pantai Bukit Keluang, Besut.

Penglibatan :
  1. Murid  :  18 orang ( Lelaki =13, Perempuan =5)
  2. Guru    :  6 orang
  3. PPM    : 1 orang
  4. JPAM  : 7 orang
Kehadiran tetamu:
  1. Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Besut.
  2. GPK 1 SKAP.
Keadaan cuaca : Baik
Keadaan Laut : Gelombang agak kasar sedikit di awal pagi kemudian beransur kurang bila menghala    ke  tengahari.
Konklusi : Setelah tinjauan bersama JPAM, program diizinkan memasuki laut selepas jam 9.30 pagi dengan tidak melebihi jarak 15' dari pantai.

Pengisian aktiviti:

  • Hidroterapi Laut
  1. Asas modul 1 
  2. Modul 2 : Floating
  3. Modul 3 : Breathing
  4. Modul 4 : Pengenalan snorkelling
  • Terapi Pasir pantai
  • Latihan menjulur





 pemasangan penanda sempadan aktiviti oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Besut yang di ketuai oleh Lft.(PA) Wan Bukhari.









 Guru Media SKAP juga turut bersama Crew Hidroterapi Laut SKAP kali ini.

 Latihan menjulur : Nampak mudah tetapi hakikatnya agak sukar kepada mereka.
 Kaunselor & PK PPKI SKAP dalam sesi terapi pasir masin.

 Kaedah pemulihan melalui terapi pasir masin lazimnya menjadi amalan tradisional untuk mengatasi masalah pesakit stroke terutamanya di kalangan penduduk di kawasan pantai.

 GPK 1 SKAP mengiringi Pegawai dari PPD Besut yang membuat tinjauan di lokasi program.


Akhirnya dengan penuh semangat GPK 1 SKAP mencuba salah satu kaedah terapi laut yang dipraktikkan dalam setiap sesi program ini.




Thursday, February 16, 2012

Hidroterapi Laut Sesi 2012

Tarikh : 15 februari 2012
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Sekolah terlibat : Sek. keb Alor Peroi, Kuala Besut.
Bilangan murid Pendidikan Khas Integrasi yang terlibat : 19 orang ( 14 Lelaki + 5 perempuan)
Bilangan guru : (4 Lelaki + 4 perempuan)
Bilangan pembantu murid : ( 2 perempuan)
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia : 6 Orang.

Kehadiran tetamu :
  1. Pemangku Pegawai Pendidikan Pelajaran Daerah Besut. (Tuan Haji Abdul Halim)
  2. Pegawai Khas Pendidikan Khas & Swasta PPD Besut ( En. Mohamad bin Mohd Ali)
  3. Guru Besar SK Alor Peroi ( Wan Zaki bin Wan Ahmad)
  4. Pihak Media (Akhbar & termasuk TV9).
Pada sesi kali ini 2 modul baru diperkenalkan kepada murid iaitu
Modul : 1- Pengampungan (Floating)
Modul : 2- Pernafasan ( Breathing )
Bagaimanapun modul ini tidak dapat dijalankan secara berkesan kerana arus dan ombak pada sesi ini dilangsungkan agak tidak begitu sesuai. Keadaan air yang keruh juga menyukarkan untuk menjalankan modul baru ini. Sebagai ganti, aktiviti modul 1 dan 2 dibuat dalam bentuk simulasi di tepi pantai.
 
Aktiviti modul pembinaan keyakinan diri seperti sesi yang lepas tetap diteruskan sebagai pengukuhan.

Apa yang menarik, pada sesi kali ini kebanyakkan murid kelihatan begitu yakin sewaktu berada di dalam air dan dapat mengikuti pembelajaran kemahiran dengan lebih berdisiplin. 

Suka dinyatakan di sini bahawa sebahagian besar murid Program Pendidikan Khas Integrasi SK Alor Peroi yang mengikuti program hidroterapi laut ini secara berkala telah menunjukkan kesan positif dalam perkembangan pembelajaran di kelas. Mereka lebih aktif, berkeyakinan dalam menyelesaikan tugasan pembelajaran dan tekun menelaah pelajaran. Ada di antara mereka yang sebelum ini agak gagap, pasif dan sukar belajar, kini telah menunjukkan peningkatan yang baik dalam akademik berbanding sebelumnya.

Diharapkan dengan adanya  aktiviti pembelajaran yang berinteraktif ini akan dapat memujuk masyarakat setempat untuk memahami bahawa pembelajaran di Kelas Pendidikan Khas Integrasi mampu memberi nilai tambah yang amat berguna kepada anak-anak mereka yang dianggap lewat perkembangan belajarnya untuk menyaingi rakan sebaya di aliran perdana. Seterusnya anak-anak mereka masih mampu untuk belajar seperti murid-murid lain walaupun dalam situasi yang berbeza.

Sokongan masyarakat juga diperlukan untuk memastikan program Hidroterapi Laut ini akan dapat dinilai tambahkan menjadi satu usaha yang berterusan dan mendapat perhatian dan kerjasama semua pihak anggota masyarakat setempat.

Untuk menjadikan program ini lebih berkesan, kami  berharapkan sumbangan daripada masyarakat untuk membantu pihak kami mendapatkan beberapa peralatan tambahan yang akan digunakan oleh murid di program ini pada masa akan datang. Diharapkan ada syarikat atau mana-mana badan korporat yang sanggup tampil untuk menaja dan membantu usaha ini.






Sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan di bawah langit terbuka. Tanpa alat tulis, meja dan kerusi. Murid berinteraksi dengan alam semula jadi. Melihat dan menikmati keindahan alam semulajadi di sekeliling - kehebatan penciptaan Tuhan. Merasai unsur teraputik air laut dan aroma pantai sebagai terapi terbaik minda. Serta kehalusan pasir masin yg memutih sebagai bahan refleksologi terbaik akan membantu aura dalaman murid menjadi lebih berkeyakinan. Membuka kunci pertama untuk menjadi pelajar yg berjaya - YAKIN.

pergerakan dalam sulatan air laut yang bergaram akan meningkatkan sistem kardiovaskular dalam badan. Metabolisma hemoglobin akan aktif menyalurkan tenaga ke bahagian otak sebagai penerokaan KUNCI minda yang berkesan.

Penerapan disiplin dalam aspek keseragaman pemakaian, keselamatan diri, gerak kerja yang dilakukan sentiasa diutamakan. Murid kelihatan seronok dan memahami...
Memulakan latihan kemahiran psikomotor kasar dan halus. Simulasi pergerakan integrasi motor-visual bagi melatih murid menjadi lebih daya tumpuan dan berfokus. Tanpa FOKUS pengajaran terbaik akan menjadi sia-sia. Jadi latihan FOKUS kepada murid menjadi agenda utama program kami.
Perbetulkan pergerakan... melalui demonstrasi guru. Pengajaran yang realistik yang tidak akan dilakukan di bilik darjah seperti yang dilakukan sebegini...di sini.

Latihan dan simulasi pergerakan yang betul sebelum turun ke air. Walaupun sukar bagi mereka tetapi... praktis, praktis, praktis... tiada yang mustahil jika ada keyakinan dan berfokus.

Mencuba di situasi sebenar..... di kelas tanpa sistem ekondisi dan kipas angin. Tiupan bayu laut pemberian Allah SWT menjadi penyegar di pagi ini... "Guru Sihat - Murid Cergas".

Suatu yang lain daripada biasa.... apabila setiap pergerakan murid dipantau dan diperhatikan oleh orang lain yang lebih dewasa daripada mereka...(Kumpulan Baywatch JPAM : Resque Team)
sesi pembelajaran di bawah sinar matahari terik tanpa bunyi loceng rehat. Melainkan bunyi wisel.... sebagai penanda pertukaran bentuk formasi gerakan yang perlu dibuat murid lakukan.

Melakukan latihan pernafasan dan pengampungan. Sukar sedikit di masa ini kerana ombak dan pergerakan arus agak kasar sedikit daripada biasa. Bagaimanapun cabaran ini penting untuk meningkatkan keyakinan murid berhadapan dengan situasi yang mencabar.
Mereka tidak merungut letih dan penat. Sebaliknya sentiasa minta disambungkan aktiviti... permintaan dari murid yang jarang ditemui di bilik darjah normal.

Kehadiran Pegawai Khas Pendidikan Khas dan Swasta Pejabat Pelajaran Daerah Besut; En Mohamad bin Mohd Ali bersama kumpulan pentadbir SK Alor Peroi di akhir sesi program Hidroterapi Laut kali ini menambahkan lagi kemeriahan suasana pada hari ini selain memberi dorongan CREW HIDROTERAPI LAUT  untuk konsisten menjadikan kaedah pengajaran dan pembelajaran ini sebagai satu budaya baru dalam pendidikan hari ini. Suatu cara untuk memahamkan masyarakat bahawa murid-murid di Program Pendidikan Khas Integrasi memerlukan pendekatan yang berbeza untuk pengisian pembelajaran mereka supaya lebih berkesan. Kelainan sebagai mana sifat keistimewaan dan kelainan yang Tuhan anugerahkan kepada mereka.
Kalau negara maju lebih fokus kepada perkara sebegini, kenapa pula dunia pendidikan kita di sini mahu membiarkan dan bersikap tidak endah dalam perjalanan kita menuju ke arah wawasan negara maju. Yang penting biarlah kita di Pejabat Pelajaran Besut dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu ini mempelopori suatu yang baik untuk anak-anak ini belajar dalam bentuk yang lebih konstruktif dan berinovatif sebagaimana  menjadi saranan Rasulullah SAW sendiri.