Wednesday, October 17, 2012

On Air di Berita TV9 18 Oktober 2012

Program "Jom Ke Baroh" yang diikuti sama Crew TV9

Program Terapi untuk pelajar2 Program Pendidikan Khas di sini telah mengorak langkah ke hadapan sekali lagi apabila berjaya menarik minat Crew TV9 untuk diberikan liputan media elektronik. Selain daripada liputan di media cetak. Sebelum ini Program Hidroterapi Laut kami telah tersiar di slot Berita TV9 pada pertengahan Febuari 2012.

InsyaAllah pada tahun depan, kami akan ketengahkan pula satu lagi bentuk terapi yang tidak terdapat di tempat lain.

Sesungguhnya inovasi guru & pentadbir di SKAP telah berjaya menghasilkan sesuatu yang sentiasa baru untuk menjadi model kepada pihak lain.

Thursday, July 12, 2012

Terapi Laut bersama SK Sultan Ibrahim 2, Pasir Mas, Kelantan

Lanjutan daripada kejayaan Program Hidroterapi Laut kendalian kakitangan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Sek. Keb. Alor Peroi, Kuala Besut, yang sering mendapat liputan media di atas kejayaan mempelopori aktiviti Hidroterapi Laut khusus untuk murid-murid Bermasalah Pembelajaran di daerah Besut telah berjaya menarik minat sebuah sekolah di Kelantan untuk turut sama menyertai program hidroterapi laut pada sesi yang diadakan pada 11hb Julai 2012 yang lalu.

Bertempat di Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu. Rombongan seramai 25 orang murid Kelas Program Pendidikan Khas, Sek. Keb. Sultan Ibrahim (2), Pasir Mas bersama 15 guru dan Pembantu Pengurusan Murid.  Buat  pertama kali mereka menyertai sesi aktiviti hidroterapi laut di sini yang diketuai oleh En.Che Alias bin Che Yusoff, 

Kumpulan PPKI Sek. Keb. Alor Peroi, Kuala Besut seramai 18 murid dan 7 orang guru dan pembantu bersama-sama dengan rombongan dari SK Sultan Ibrahim (2), Pasir Mas itu telah mengikuti beberapa aktiviti yang disediakan oleh kakitangan Hidroterapi Laut Besut dengan kerjasama pegawai dan anggota Jabatan Pertahanan Awam Daerah Besut. Pegawai JPAM Besut, Leftenan Muda PA Mohamad Suhaimi Awang @ Muhama, turut sama berada di lapangan untuk meninjau kelancaran program pada sesi kali ini.

Selain melakukan aktiviti hidroterapi laut dan terapi pasir masin, sesi kali ini lebih menarik apabila aktiviti "Flying Fox" buat pertama kalinya diperkenalkan kepada semua murid yang disahkan berkeupayaan untuk melakukan aktiviti ini selepas saringan kesihatan dilakukan oleh pegawai bertugas. Manakala sesi pengembaraan meneroka Gua Bukit Keluang dikhususkan kepada rombongan pelawat sebagai memperkenalkan keindahan panorama yang terdapat di daerah Besut.

Guru Besar Sek. Keb. Alor Peroi, Wan Zaki bin Wan Ahmad berkata Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah ini berbangga untuk berkongsi kepakaran yang kami miliki di sini dengan mana-mana pihak luar yang berminat demi kebaikan pendidikan dan pembelajaran anak-anak istimewa ini. SK Alor Peroi kini telah berjaya membuktikan kepada masyarakat setempat bahawa anak-anak istimewa yang ditempatkan di program ini akan mendapat menafaat yang sangat berguna dalam pendidikan anak-anak sebegini. 

Beliau menyatakan tenaga pengajar dan kakitangan PPKI di sini telah berjaya menjadikan murid PPKI di sekolah sini lebih berdaya saing malah ada yang mampu mengatasi murid di aliran perdana. Sesuatu yang amat menarik yang ditemui di PPKI SK Alor Peroi. Jesteru itu beliau akan sentiasa memberi sokongan padu kepada tenaga pengajar di sini untuk sentiasa berinovatif dan kreatif memikirkan bagaimana kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah pembelajaran anak-anak istimewa ini. katanya lagi, Walaupun program ini berbentuk aktiviti hiliran, tetapi amat bermanafaat kepada murid di kelas ini. 

Manakala menurut En Zailani bin Hamzah, Penolong Kanan PPKI SK Alor Peroi, pula turut melahirkan kegembiraan di atas program bersama ini yang pertama kali diadakan antara dua buah sekolah berlainan negeri. Beliau menyatakan bahawa PPKI SK Alor Peroi kini bersedia untuk menjadi "Role Model" kepada sekolah lain sebagai bukti keberkesanan Kelas Pendidikan Khas Integrasi dalam mendidik anak-anak istimewa secara berkesan.

En Nawi... Penolong Kanan PPKI SK Sultan Ibrahim (2) menyatakan bahawa mereka amat bertuah dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dalam program beberapa jenis terapi yang menjadi kepakaran di sini. Beliau berharap akan dapat menyertai program seumpama ini lagi pada masa akan datang kerana ianya amat berguna untuk murid-murid PPKI di sekolahnya. Beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlihat di atas peluang yang diberikan kepada murid PPKI sekolahnya untuk mengikuti satu program yang sukar diperolehi di tempat lain.


Murid PPKI SK Alor Peroi bersama anggota JPAM Besut
Pegawai JPAM Besut, Leftenan Muda PA Mohamad Suhaimi Awang @ Muhamad bersama                                    sebahagian peserta daripada 2 buah sekolah yang terlibat.













Petugas Hidroterapi Laut sentiasa memantau murid melakukan setiap pergerakan yang diperkenalkan.




























Murid PPKI SK Sultan Ibrahim 2, Pasir Mas, Kelantan, mencuba kaedah Terapi Laut.