Sejarah HL

Program Hidroterapi Laut diperkenalkan oleh Cgu Che Alias Che Yusoff  kepada 18 orang murid Kelas Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP)  SK Alor Lintah, Besut, pada Jun 2008 sebagai program perintis untuk memberikan alternatif suasana pembelajaran yang kondusif tanpa tekanan kepada murid PKBP.

Program yang pertama kali ini diperkenalkan di Terengganu khasnya dan di negara ini amnya merupakan hasil inovasi guru-guru di PKBP SK Alor Lintah untuk melihat perkembangan dan peningkatan murid dalam pembelajaran di kelas.

Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu dipilih sebagai lokasi pertama dan paling sesuai untuk menjalani aktiviti ini setelah dikenalpasti kesesuaian lokasi untuk aktiviti.

Panorama keindahan semula jadi di sini hasil gabungan interaksi laut dan darat yang berlatar belakangkan bukit dan pulau diyakini akan menjadi sebuah lokasi yang paling sesuai untuk terapi minda.

Dengan kerjasasama daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Besut, yang juga pertama kali menjalinkan usahasama untuk melaksanakan program  murid-murid pendidikan khas di pantai. Gabungan dua entiti yang berbeza ini akhirnya menghasilkan cetusan menrealisasikan HIDROTERAPI LAUT yang pertama di negeri ini yang melibatkan murid pendidikan khas integrasi.

Bermula dari situ, program ini mula berkembang dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kelas-kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang terdapat di daerah Besut. serta mula menarik minat beberapa buah negeri lain untuk melihat dan menyertai program ini pada masa akan datang.