Thursday, June 3, 2010

Hidroterapi Laut Fasa III

Sinopsis Program:

Murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) terdiri daripada anak-anak yang mempunyai perkembangan kognitif yang agak lambat berbanding dengan dengan anak-anak di kelas biasa. Perkembangan yang lambat itu bukan disebabkan kecacatan fizikal dan tidak mampu menguruskan diri sendiri. Murid-murid sebegini perlu menjalani proses dianogsis untuk dikenalpastikan katogeri dan punca yang menyebabkan keadaan itu berlaku sebelum rangka kaedah pengajaran dan pembelajaran dilakukan di bilik darjah.

Pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran murid-murid ini berbeza berbanding dengan murid biasa. Lazimnya murid perlu didedahkan dengan pembelajaran konkrit untuk memudahkan mereka memahami setiap pembelajaran yang diberikan. Antara kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mereka ialah melalui pengalaman meneroka sesuatu benda secara konkrit, iaitu pembelajaran di luar bilik darjah.

Program terapi adalah antara dikenal pasti sebagai sebahagian daripada kaedah untuk membantu murid ini mempercepatkan perkembangan kognitif dan psikomotor mereka. Perkembangan dua unsur ini akan banyak membantu murid sewaktu proses pembelajaran di bilik darjah kelak. 

 Semenjak program ini diperkenalkan kepada murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) beberapa buah sekolah yang dipilih sebagai perintis serta  melalui beberapa siri percubaan sebelum ini telah memperlihatkan perkembangan positif ke atas murid-murid PPKI berkenaan.

Kaedah terbaru hidroterapi air laut  ini merupakan kejayaan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu di bawah Sektor Pendidikan Khas & Swasta dan Pejabat Pelajaran Daerah Besut  yang menerokai dimensi baru dalam memberikan pendidikan yang berkualiti dan terbaik kepada murid-murid yang mengalami masalah perkembangan yang lambat dalam pelajaran di negeri ini. Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu kini boleh berbangga kerana menjadi negeri yang pertama di Malaysia yang melaksanakan program hidroterapi laut untuk murid-murid PPKI di negara ini.

Daerah Besut menjadi daerah perintis melaksanakan program hidroterapi laut ini. Pejabat Pelajaran Daerah Besut sentiasa berkerjasama dengan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Besut untuk memastikan keselamatan murid di sepanjang program ini dilangsungkan dapat dipantau dengan berkesan. Menurut Tuan Haji Ahmad Nadzir bin Mansor; Penyelia Pendidikan Sekolah Rendah, PPD Besut, sebagai meningkatkan dan jaminan keselamatan murid, beberapa jabatan lain di sini seperti Bomba dan Kesihatan akan dipohon untuk memberikan yang terbaik kepada murid-murid yang menyertai program ini pada siri akan datang.

Sebagai permulaan program ini, hanya 5 buah sekolah sahaja iaitu SK Alor Peroi, SK Kuala Besut, SK Alor Lintah, SK Seri Payung dan SK Gong Bayor telah dipilih sebagai sekolah perintis untuk menjayakan program hidroterapi laut ini yang diketuai oleh En. Che Alias bin Che Yusoff. Sebelum program ini diperkenalkan ke sekolah-sekolah lain yang mempunyai kelas PPKI di daerah ini pada masa akan datang.

Menurut beliau, program ini mempunyai banyak keistimewaannya kerana dalam satu sesi program, selain meningkatkan keyakinan diri sebagai perkara pokok dalam diri, imunisasi badan murid dapat ditingkatkan  kesan daripada  air laut. Murid akan dilatih untuk meningkat daya kreatif dan berkreativiti. Disamping dapat peluang untuk belajar berkomunikasi dengan rakan-rakan dari berlainan tempat. Murid secara tidak langsung dapat berinteraksi dengan alam semulajadi.

Melalui program ini juga murid akan lebih memahami dan mencintai alam sekeliling mereka. Yang mustahak, murid akan belajar di sini dengan penuh keseronokan dan gembira. Mereka lebih bebas, lebih berkeyakinan dan bermotivasi serta lebih berminat untuk datang ke sekolah selepas ini kerana mereka akan tahu tidak hanya belajar di dalam bilik darjah setiap hari, sepanjang masa. Secara tidak langsung keciciran akademik murid-murid sebegini akan dapat diatasi.

Guru-guru PPKI perlu sentiasa peka dengan keperluan murid-murid ini dan sentiasa berinovasi dan kreatif untuk menyampaikan ilmu dalam bentuk yang paling mudah difahami oleh murid-murid ini. Melalui program ini diharapkan guru-guru PPKI yang terlibat sentiasa proaktif untuk meneroka dan menimba pengetahuan daripada pakar yang terlibat supaya kualiti PPKI akan bergerak secara dinamik dan menjulang kredibiliti guru PPKI di mata masyarakat di negeri ini.

Diharapkan dengan adanya program seumpama ini, masyarakat tidak lagi memberi persepsi yang negatif dan beranggapan murid yang pandai sahaja harus diberi perhatian. Juga diharapkan tiada lagi ibubapa yang kurang yakin untuk menempatkan anak-anak mereka berada di mana-mana kelas PPKI yang berdekatan. 
 




Tarikh : 31 Mei 2010

Tempat : Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu


BILANGAN TERLIBAT
Pelajar : 99 orang
Guru ; 33 orang
Pembantu Pengurusan Murid : 12 orang
Anggota Jabatan Pertahanan Awam Besut : 8 orang
Sukarelawan bebas : 3 orang
JUMLAH Penyertaan keseluruhan ; 155 orang

ANJURAN :
Pejabat Pelajaran Daerah Besut, Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Besut.

Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) terlibat:
  1. SK Alor Peroi, Zon Kuala Besut,             
  2. SK Kuala Besut, Zon Kuala Besut,
  3. SK Seri Payung, Zon Hulu Besut,
  4. SK Gong Bayor, Zon Kota Putra,
  5. SK Alor Lintah, Zon Jerteh.

Pengisian Program:
  1. TERAPI MUZIK 
  2. TERAPI PASIR
  3. HIDROTERAPI AIR LAUT

     Tetamu Kehormat yang hadir:
    1. Tuan Haji Ahmad Nadzir bin Mansor ( Penyelia Sekolah Rendah, Pejabat Pelajaran Daerah Besut).
    2. Pegawai-pegawai dari PPD Besut.
    3. Pegawai Jabatan Pertahanan Malaysia Daerah Besut.
    4. Pegawai Balai Bomba Kampung Raja, Besut.

    JAWATANKUASA PELAKSANA

    Penasihat   :   Tuan Haji Ahmad Nadzir bin Mansor, (Penyelia Sek Rendah, PPD, Besut)

    Pengerusi : En. Zakaria bin Botok (Guru Besar SK Alor Peroi)

    Penyelaras Program: En. Che Alias bin Che Yusoff

    Setiausaha : Cik Nurkarimah bt Mohamad

    Bendahari: Pn. Hajah Najmiah bt Ramli

    JK Hidroterapi: Mohd Saidi bin Saudi
    JK Terapi Pasir: En. Abdul Fatah bin Awang
    JK Terapi Muzik: Pn. Yusma bt Yusof
    JK Asprearasi Seni: Pn. Hasliza bte Hassan

    JK Keselamatan &Kecemasan: En. Nordin bin Majid
    JK Fasiliti &Peralatan:En. Sukirman bin Majid
    JK Pendaftaran & Dokumentasi: En. Abdul Ghani
    JK Kebajikan & KebersihanArena: